Friday, June 3, 2011

Shhh..

Baik tuan-tuan dan puan-puan, abang, kakak dan adik. Sila perlahankan suara ya, as I am currently in study mode. Exam bulan September dan saya kena korek poket dan dompet, cari duit sen-sen yang bersepah-sepah untuk cukupkan RM2.5k sebagai yuran peperiksaan tu. Kalau tak pass, duit tu kira burn je dan omputeh kat UK tu sedap-sedap je dapat makan duit yuran yang kita bayar dengan titik peluh sendiri.


Saya tak mampu fail lagi sebab kena cepat-cepat ambik clinical exam agar dapat menjadi specialist segera. Duit gaji sebagai MO cikai ni hanya cukup untuk hidup berserderhana, tak dapat nak bermewah-mewahan. Selain itu, saya dah berjanji dengan diri sendiri yang jikalau saya lulus exam kali ini, saya dapat membeli handabg Longchamp yang dah lama saya idamkan.


Okay ya, makcik pakcik sekelian. Sila beri kerjasama ya... Senyap semua sebab saya tengah beri tumpuan sepenuhnya terhadap buku depan mata  bertajuk Paediatric Exams, A Survival Guide oleh Encik Paul Gaon.


Harap maklum... zzzzzzzzzzzzzzzzzz...

No comments: